SEK .MEN .KEB KAMUNTING
TAJUK :
KERJAYA PELAJAR TINGAKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN
STPM..
|
NAMA AHLI :
MUHAMAD AZHAM BIN NOOR AZMI
NORSOBAH BT SHUIB
NOR FAATIHAH BT ABDUL RAHIM
NUR INSYIRAH BT JAAAFAR
NAMA GURU PENYELIA : MISS SUZANNE MARIE LOUIS A/P
MASALAMANY
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana
telah mengurniakan kami kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan tugasan
kolokium sessi 2012 kali ini .
Di samping itu juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Kanan Smk Kamunting iaitu Tn Hj
Harithuddin b. Satari kerana memberi kebenaran kepada kami untuk
menjalankan kajian di luar waktu persekolahan .
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penyelia
kami iaitu Miss Suzanne Marie a/p Louis Masalamany yang sentiasa
membantu ,memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat dalam
menyempurnakan kajian ini .
Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak membantu ,tidak kira
dari segi sokongan moral mahupun sumber kewangan yang diberikan
.Tambahan lagi sentiasa memberi tindak balas dalam setiap perkara yang
kami lakukan .
Selain itu juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
kauseling Smk Kamunting iaitu Cik Masyitah b. Khaled yang sudi membantu
kami untuk melengkapkan kajian malahan memberi sokongan dan dorongan
untuk meneruskan kajian baru kami
Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada rakan -rakan yang sudi
menjadi pihak respoden kami dalam menyempurkan kajian metadologi ini
.Selain itu kami berterima kasih kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak
tentang maklumat kajian kami.
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh bimbing kami lagi
|
SENARAI KANDUNGAN
BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
HALAMAN
|
1
|
Senarai kandungan
|
m/s 1
|
2
|
Penghargaan
|
m/s 2
|
3
|
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 tujuan Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi Operasional
1.8 Rumusan
|
m/s
|
4
|
Kajian lepas
2.1 Pendahuluan
2.2 Kerjaya dan isu -isu yang berkaitan
2.3 Kajian lepas mengenai kerjaya
2.4 Rumusan
|
m/s
|
5
|
Metadologi
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka bentuk kajian
3.2.1 Tinjauan Awal
3.2.2 Penyelidikan sebenar
3.3 Populasi dan Persampelan
3.4 skop dan had kajian
3.5 instrument penyelidikan
3.6 Prosedur Pengumpulan Data
3.7 Penganalisian data
3.8 Rumusan
|
m/s
|
6
|
Penganalisian data & keputusan data
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.3 Analisis statistik
4.4 Rumusan
|
m/s
|
7
|
Perbicangan & cadangan
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan hasil penyelidikan
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan
5.5 Rumusan
|
m/s
|
8
|
Bibiliografi
6.1 Buku
6.2 Majalah
6.3 Internet
|
m/s
|
9
|
Lampiran
|
m/s
|
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Kerjaya merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia
dan sebagai seorang mansia ,mereka akan merasakan kepuasan dengan
kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta
terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap
ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam
aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya, orang lain, dan
bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri,
perasaan nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang
(Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1989).
Walaubagaimanapun pelajar lepasan SPTM haruslah mempunyai kesedaran
yang tinggi terhadap kerjaya setelah menamatkan zaman pesekolahan.
Tambahan lagi kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan
antara kendiri dengan pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta
kemahiran dalam membuat sesuatu pilihan. Oleh itu, kesedaran kerjaya
merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan pelbagai aspek dunia
pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan
faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan.
Dalam menentukan pemilihan terbaik sama ada pilihan dari segi
pelajaran mahupun pekerjaan ialah suatu proses yang berkembang
bertahun-tahun lamanya.Diman tidak terdapat satu titik atau tanda yang
menentukan kerjaya seseorang. Terdapat banyak halangan yang tertentu
boleh menimbulkan paksaan terhadap bidang pilihan pada masa hadapan dan
mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan tentang
pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah
kepada pemilihan kerjaya.
Khususnya pelajar tingkatan 6 yang telah menamatkan pelajarannya sering kali menghadapi
masalah
dalam membuat pemilihan kerjaya masa hadapan.Antara masalah yang sering
dihadapi oleh mereka ialah tidak dapat membuat keputusan yang tepat
dalam membuat pemilihan kerjaya pada masa hadapan , kurangnya maklumat
tentang kerjaya yang dipilih sehingga menimbulkan keraguan pada diri
sendiri malahan tiada kepastian tentang kerjaya yang dipilih, selain
tekanan atau paksaan daripada ibubapa yang menginginkan anak mereka
menuruti kehendak mereka .
Tambahan lagi, sikap ingin memiliki wang sendiri menyebabkan pelajar
tingkatan 6 akan mencari pekerjaan setelah menamatkan
persekolahan.Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan,
jenis latihan, dan tahap pencapaian yang diperoleh semasa di sekolah.
Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan
jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang
pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya
yang dipilih.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan
kerjaya pelajar tingkatan6 selepas menamatkan pelajaran mereka di
peringkat STPM .Selain itu juga ,pencapaian pelajar dalam bidang
akademik juga dilihat untuk melihat hubunganya dalam pemilihan
pekerjaan, dengan itu,kajian ini dapat dijadikan sebagai peramal dalam
menentukan hala tuju pelajar tingkatan6selepas menamatkan pelajaran
mereka.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kebanyakan pelajar mempunyai masalah apabila mereka menamatkan
pelajaran mereka.sehingga mereka suka untuk menentukan kerjaya
mereka.Mereka sangat mengambil berat tentang kerjaya yang akan diceburi
oleh mereka malah diperingkat STPM ini turut menjadi platform mereka
dalam pembuatan keputusan awal tentang matlamat kerjaya mereka.
Pencapaian dalam bidang akademik seseorang dianggap sebagai kunci atau faktor utama bagi
menentukan
rancangan kerjaya individu sepertimana yang dikehandaki oleh pendidikan
tinggi. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam
akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu
pekerjaan. (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1993).
Oleh itu, pemilihan kerjaya pelajar tingkatan 6 perlulah diketahui
supaya pemilihan kerjaya mereka sesuai dan dapat mengurangkan masalah
yang akan bakal timbul. Hal ini pasti akan membuka minda mereka untuk
merancang kerjaya yang bakal mereka tempuhi apabila tamat persekolahan.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Namun Demikian masih terdapat para pelajar yang kurang berpengetahuan
tentang kerjayanya apabila persekolahan berakhir sakaligus menyebabkan
pemilihan kerjaya mereka tidak sesuai dengan diri mereka. Selain itu
terdapat juga remaja yang memilih pekerjaan tidak sesuai dengan mereka.
Hal ini akan mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif seperti
tekanan kerja, kebosanan, dan sering bertukartukar pekerjaan. Keadaan
ini sudah tentu akan membawa kesan kepada keadaan ekonomi remaja dan
keluarga.
Pencapaian dalam bidang akademik pelajar juga mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar.
Dimana pembahagian kelas yang menjurus kepada pencapaian akademik tanpa mengambil kira
faktor
minat dan personaliti boleh mendatangkan tekanan kepada mereka. Inovasi
sistem pendidikan negara untuk mencapai nisbah 60:40 bilangan pelajar
sains berbanding pelajar sastera juga merupakan salah satu sebab pelajar
terpaksa belajar di aliran sains walaupun pencapaian akademik mereka
sederhana. Hal ini juga akan mendatangkan masalah kepada pemilihan
kerjaya apabila pencapaian akademik mereka kurang memuaskan.
Pencapaian akademik pelajar juga dikaitkan dengan jenis-jenis gaya belajar yang
diamalkan
oleh setiap pelajar. Gaya belajar yang sesuai untuk pelajar perlu
diketahui supaya dapat membantu mereka untuk mencapai kejayaan.
Kurangnya kesedaran pelajar, ibu bapa, dan guru-guru menyebabkan mereka
tidak dapat merancang pembelajaran secara sistematik.
Oleh itu, guru dapat mengkaji kekuatan dan kelemahan pengajaran
mereka. Jika ketidak -sepadanan wujud antara gaya pengajaran dan gaya
pembelajaran, pelajar-pelajar akan berasa bosan dan menjadi pasif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, fenomena negatif ini perlu
diberikan pendedahan kepada guru-guru di sekolah supaya pelajar akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan tidak tercicir
daripada persekolahan (Shahabuddin Hashim, 2003).
1.4 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
- Untuk mengetahui ciri-ciri personaliti yang utama dimiliki oleh pelajar semasa
proses pemilihan kerjaya.
- Untuk mengetahui jenis-jenis kerjaya yang dipilih oleh pelajar-pelajar.
- Untuk mengetahui ciri-ciri personaliti pelajar dalam proses pemilihan kerjaya?
- Untuk melihat hubungan ciri-ciri personaliti dan gaya belajar dengan pemilihan kerjaya.
- untuk mengetahui sejauhmanakah jantina pelajar yang dapat mengpengaruhi hasil kajian
1.5 PERSOALAN KAJIAN
- Apakah ciri-ciri personaliti kerjaya yang dimiliki oleh pelajar tingkatan6?
- Apakah jenis-jenis kerjaya yang dipilih oleh pelajar?
- Apakah ciri-ciri personaliti pelajar dalam proses pemilihan kerjaya?
4. Sejauhmanakah jantina (perempuan atau lelaki ) mengpengaruhi keputusan kajian yang dijalankan.?
5. Adakah
perempuan atau lelaki yang lebih mengpengaruhi kepada faktor ibu bapa
dan peribadi & minat dalam menentukan kerjaya?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan yang boleh
menghubungkan
jenis-jenis personaliti pelajar dengan pemilihan kerjaya mereka.Panduan
ini boleh digunakan untuk menentukan minat pekerjaan pelajar sejak awal
persekolahan. Oleh yang demikian, pihak sekolah dapat merancang lebih
awal tentang pemilihan kelas berdasarkan personaliti pelajar dan gaya
belajar untuk tujuan perancangan awal pemilihan kerjaya setelah tamat
persekolahan.
Melalui kajian ini juga dapat membantu pelajar lepasan tingkatan 6
mengetahui sama ada faktor pesonaliti atau gaya pembelajaran mempunyai
kaitan dalam pemilihan kerjaya mereka selepas menamatkan pembelajaran di
tingkatan6.
Selain itu para guru juga dapat mengetahui jenis-jenis
personaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan kerjaya pelajar.
Manakala gaya pembelajaran pula sangat penting kepada guru dan pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran akan
mempengaruhi pencapaian akademik yang seterusnya memerlukan
pelajar-pelajar mengetahui jenis-jenis gaya pembelajaran yang mereka
amalkan untuk memperolehi kecemerlangan.
Kajian ini juga berguna kepada pihak kauselor sekolah kerana dapat menentukan
ciri-ciri
pesonaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan kerjaya.oleh
itu,kesedaran kerjaya pelajar dapat diterapkan lebih awal dan akan
memboleh kan pelajar merancang kerjaya mereka senjak zaman persekolahan.
Kajian ini juga boleh digunakan sebagai panduan oleh pihak kementerian pendidikan
untuk
menentukan pakej-pakej penkhususan bidang atau mata-mata pelajaran
tertentu di sekolah .Hal ini dilaksanakan mengikut kesesuaian
personaliti pelajar dengan aliran yang sesuai dengan mereka.Secara tidak
langsung boleh digunakan dalam pelajaran yang diajar dengan ciri-ciri
pesonaliti dan minat pelajar yang mefokuskan kepada aspek kerjaya
selepas pelajar tamat zaman persekolahan.
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
KERJAYA
- Kerjaya = Kerja + Minat + Kepuasan
–> untuk berjaya dalam kerjaya kita perlu buat kerja dengan ada
minat yang tinggi dan sepenuh hati yang mana akhirnya kita sendiri akan
puas dengan apa yang dilakukan serta hasilnya
- Kerjaya
- satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seorang individu.
Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja
sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan
bertukar-tukar silih berganti
Pelajar Tingkatan 6
Pelajar tingkatan6 dalam penyelidikan ini merujuk kepada pelajar lelaki & perempuan
yang akan menentukan kerjaya mereka selepas menamatkan pembelajaran di tingkatan6.
1.8 RUMUSAN
Bab
1 ini telah menjelaskan secara menyeluruh latar belakang
penyelidikan.Tinjauan literatur dimuatkan di bab 2, sementara kaedah
penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula dibentangkan hasil analisis data
dan bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan terhadap keseluruhan
penyelidikan. Cadangan cadanganuntuk memperbaiki mutu penyelidikan turut
dikemukakan dalam
bab tersebut.
BAB - 2
KAJIAN LEPAS
BAB 2
KAJIAN LEPAS / TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Kejayaan
yang terjamin mampu melahirkan generasi yang kreatif dan
inovatif.Setakat ini,masih belum ada kajian khusus yang dibuat tentang
kerjaya dan masa depan pelajar di Tingkatan Enam.Kerjaya yang
ditawarkan dan peluang yang luas amat penting bagi pelajar lepasan
terutamanya STPM dalam menentukan hala tuju hidup lepasan Tingkatan
Enam.Oleh itu,kerjaya dan peluang yang ditawarkan kepada lepasan STPM
penting untuk memastikan masa depan pelajar Tingkatan Enam tidak
diabaikan dan seterusnya mampu menarik minat pelajar lepasan SPM untuk
memilih Tingkatan Enam sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran.
2.2 KERJAYA DAN ISU-ISU BERKAITAN
Keperluan
individu untuk pendidikan pada peringkat selanjutnya merupakan satu
keputusan yang berlanjutan pada setiap pendidikan di dalam system
pendidikan.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ,kerjaya ialah perjalanan
atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan – Churchill iaitu bekas
Perdana Menteri England.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga juga,kerjaya
ialah profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari
nafkah.Kerjaya dan pelajar lepasan STPM,IPTA,IPTS dan sebagainya tidak
dapat lari daripada memikirkan kerjaya dan peluang masa depan mereka
untuk mendapatkan pekerjaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.Menurut Kamus Zaman (Siti Nordihan Ismail,BA.Hons ),kerjaya
juga dikatakan sebagai perkembangan dan kemajuan serta cara mencari
kehidupan.Kerjaya yang memenuhi minat lepasan pelajar amat penting
kerana kerjaya yang diminati dan diperoleh jika setimpal dengan
kelulusan,ia dapat member galakan dan sokongan kepada lepasan pelajar
terutamanya pelajar STPM untuk lebih berdaya saing,proaktif,inovatif,dan
berinisiatif tinggi dalam melakukan pekerjaan masing-masing.
2.3 KAJIAN LEPAS MENGENAI KERJAYA
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam kajiannya mendapati 4,000
graduan gagal mendapatkan pekerjaan untuk tempoh suku pertama tahun
2002.Ia juga menunjukkan sebanyak 94 peratus daripada 24,728 siswazah
lepasan IPT di Negara ini telah mendaftar untuk mengikuti Skim Siswazah
Menganggur (SSM) merupakan golongan Bumiputera sementara 3.7 peratus
adalah kaum Cina dan 1.6 peratus kaum India.Daripada jumlah ini,siswazah
jurusan sastera adalah tertinggi iaitu 31.1 peratus, diikuti siswazah
ekonomi (11.3 peratus), perakuanan (9.2), pentadbiran perniagaan (8.8
peratus), dan pendidikan Islam (8.6peratus). Kajian ini juga menunjukkan
punca utama ramai siswazah Bumiputera menganggur adalah disebabkan
mereka memilih jurusan sastera ataupun kursus yang tidak diperlukan oleh
pasaran kerja. Selain itu, kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan
disebabkan oleh keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang dan tahap
penguasaan bahasa Inggeris yang rendah.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 (RRJP3) yang
dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan tenaga buruh yang mendapat
pendidikan di peringkat tinggi meningkat daripada 8.8 peratus pada tahun
1990 kepada 14 peratus pada tahun 2000 dan dijangka meningkat kepada 35
peratus pada tahun 2010.Dari segi jantina,kadar penglibatan tenaga
buruh lelaki lebih tinggi berbanding wanita.Pada tahun 1990, tenaga
buruh lelaki adalah sebanyak 85.6 peratus berbanding wanita iaitu 44.1
peratus.Pada tahun 2000,tenaga buruh lelaki sebanyak 85.4 peratus
sementara tenaga buruh wanita sebanyak 44.5 peratus.Pada tahun
2010,tenaga buruh lelaki dijangka mencecah jumlah 86.4 peratus dan
tenaga buruh wanita mencapai 49.0 peratus ( Mohd Yahya & Roseliza
Murni 2002).
Laporan RRJP3 yang dikeluarkan pada tahun 2001 menunjukkan kadar
pengangguran pada tahun 2010 dijangka pada paras yang rendah iaitu 2.5
peratus. Kadar ini menunjukkan yang paling rendah berbanding
sebelumnya.Sumber Jabatan Statistik menunjukkan sehingga Mac
2004,terdapat 66,300 siswazah yang menganggur iaitu 41,600 pemegang
diploma dan 24,800 lulusan ijazah sarjana muda.Daripada jumlah
itu,48,100 adalah Bumiputera,10,700 Cina,7,300 India dan 300 kaum lain.
Satu kajian yang dijalankan oleh Rohani Jani (2001) untuk siswazah dn
kesemua fakulti di UM, mendapati Fakulti Sastera & Sains Sosial
(FSSS) dikaitkan dengan kadar pengangguran yang agak tinggi iaitu 30
peratus berbanding fakulti lain yang berteraskan sains dan
teknologi.Sebanyak 49 peratus siswazah Sarjana Muda Sastera telah
bekerja.Kajian ini mendapati 38 peratus bekerja di sektor swasta,26.3
peratus bekerja tetap manakala 14 peratus bekerja sementara.Kajian juga
menunjukkan siswazah Jabatan Pengajian Media yang belum bekerja adalah
19.6 peratus,Geografi (15.1 peratus),dan Antropologi dan Sosiologi (11.0
peratus).
Dalam satu kajian lain oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun
2000 menunjukkan 89.4 peratus di kalangan majikan menyatakan bahawa
mereka berpuas hati dengan kemahiran dan prestasi para graduan diploma
universiti itu.Kajian ini mendapati 81 peratus daripada majikan
menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan graduan UiTM yang lulus di
peringkat sarjana muda manakala 73.4 peratus mempunyai pandangan yang
sama bagi lulusan di peringkat diploma.Kajian yang melibatkan graduan
yang tamat pengajian di sepanjang tempoh 1990 hingga 1999 bertujuan
untuk mengetahui kepuasan majikan serta mendapatkan maklum balas mereka
mengenai mutu kerja graduan UiTM berbanding graduan IPT lain.
Kajian Norhslina Hassan,Mohd Yahya dan Mardina (2005) menunjukkan 78.6
peratus siswazah FSSS ,UM telah mendapat pekerjaan selepas satu setengah
tahun menamatkan pengajian masing-masing.Daripada jumlah itu,mereka
yang bekerja tetap berjumlah 51 peratus,kontrak (9 peratus),sementara(14
peratus), sandaran (15 peratus),sangkutan (6 peratus) dan sambilan (5
peratus).Dari segi pengangguran,siswazah yang masih belum bekerja
majoriti adalah Melayu iaitu 60.1 peratus,manakala Cina hanya berjumlah
24.2 peratus,diikuti India (13.1 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).
Maklumat Kementerian Sumber Manusia (2002) menunjukkan sebahagian besar
daripada 14,284 orang iaitu kira-kira 8,000 siswazah menganggur dan
lebih 6,000 pekerja yang diberhentikan kerja berikutan kegawatan ekonomi
telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat menjalani program latihan
semula yang dianjurkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB).Kesemua mereka telah menjalani latihan di PSMB mulai November
2001 dan latihan itu memberi penekanan terhadap teknologi maklumat dan
komunikasi serta bertujuan melahirkan pekerja yang berkemahiran
tinggi,terlatih dan berpengalaman.Dari bulan November 2001 hingga Jun
2002,sebanyak RM106 juta telah diluluskan oleh pihak Kementerian untuk
membiayai latihan pelatih-pelatih tersebut .
Tony Kryger (1999) yang melakukan kajian di Australia bertajuk “ The
Risk of Unemployment” mendapati adalah menjadi kebiasaan remaja yang
kurang berpendidikan, yang tinggal di pendalaman,kemahira bahasa
Inggeris yang terhad serta yang lahir di Negara yang tidak menggunakan
bahasa Inggeris dengan meluas secara relatifnya mempunyai kadar
pengangguran yang tinggi.Mereka yang berasal dari Australia dan dari
negara berbahasa Inggeris mempunyai kadar pengangguran yang lebih rendah
iaitu 7.9 peratus dan 7.4 peratus berbanding mereka yang tinggal dari
negara yang bukan menggunakan bahasa Inggeris .Dalam satu kajian oleh
Institute of Employment Research, University of Warwick (1999)
mendapati bahawa selepas tiga setengah tahun memperoleh ijazah,hanya 2
peratus siswazah yang menganggur manakala 10 peratus memperoleh
pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah.Kajian ini melibatkan 11,000
siswazah daripada 33 buah institusi pengajian tinggi United
Kingdom,iaitu tiga setengah tahun selepas menamatkan pengajian mereka
pada tahun 1995.Kajian ini menunjukkan bagaimana transisi daripada
pendidikan tinggi kepada pasaran pekerjaan berbeza-beza mengikut
subjek,gender,umur,latar belakang,dan pencapaian ijazah masing-masing.
Kajian ini juga mendapati mereka yang menganggur selepas enam bulan
memperoleh ijazah akan menghadapi kesukaran pada masa hadapan.Dalam
tempoh tiga setengah tahun mereka akan menganggur lebih daripada satu
tahun dan memperoleh pendapatan yang rendah pada masa hadapan.Kajian
juga menunjukkan selepas tiga tahun mendapat ijazah,90 peratus daripada
mereka mendapat pekerjaan mengikut kelayakan mereka .
2.4 KESIMPULAN
Dengan mengkaji semula beberapa faktor penentu utama yang mempengaruhi
kerjaya lepasan,adalah jelas bahawa terdapat faktor-faktor yang mrmberi
kesan secara langsung dan ada juga faktor-faktor yang member kesan
secara tidak langsung.Faktor-faktor ini termasuklah jantina,kaum,minat
dan peluang yang diberikan kepada lepasan terutamanya lepasan STPM dalam
menentukan masa hadapan dan kerjaya masing-masing.
BAB -3
METADOLOGI.
KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan kaedah dan prosedur penyelidikan yang dijalankan.
Terdapat sembilan perkara dibentangkan di bab 3 ini iaitu meliputi (a)
pendahuluan,
(b) reka bentuk penyelidikan, (c) populasi dan persampelan, (d) lokasi
penyelidikan dan batasan penyelidikan, (e) instrument penyelidikan, (f)
prosedur pengumpulan data, (g) analisis data, (h) rumusan,
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Penyelidikan ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan melibatkan
penggunaan soal selidik untuk mendapatkan data. Menurut Mohd. Majid
Konting (1993) kaedah tersebut merupakan pendekatan yang bersifat logik,
saintifik
dan khusus serta ukuran yang bersifat kuantitatif mudah diperolehi.
Oleh kerana sikap terhadap pelaksanaan penyelidikan kerjaya para pelajar
Tingkatan 6 mempunyai kaitan dengan tingkah laku, maka kaedah tersebut
bertepatan. Tambahan pula penyelidikan ini bukanlah bertujuan membuat
perbandingan atau mengkaji perkaitan atau mencari sebarang keberkesanan.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat demografi dan
menentukan sikap pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMKK terhadap penyelidikan
kerjaya selepas menamatkan STPM. Penyelidikan ini dikendalikan dalam dua
peringkat iaitu: (a) tinjauan awal, dan (b) penyelidikan sebenar.
3.2.1 Tinjauan Awal
Tinjauan
awal dijalankan untuk mengumpul maklumat-maklumat asas tentang kerjaya
para pelajar Tingkatan 6 selepas menamatkan STPM. Dapatan digunakan
untuk mentadbir penyelidikan sebenar. Tinjauan awal juga dilakukan untuk
mengenal pasti masalah yang akan dihadapi untuk mentadbir penyelidikan
sebenar dan membina soal selidik.
3.2.2 Penyelidikan Sebenar
Soal selidik diedarkan kepada responden secara terus pada bulan Febuari
2012.
Penerangan yang lengkap diberikan kepada semua responden mengenai soal
selidik tersebut. Semua responden juga dimaklumkan bahawa penglibatan
mereka adalah secara sukarela dan semata-mata bertujuan untuk
mendapatkan maklumat serta tidak akan mendatangkan kesan terhadap diri
mereka. Jawapan mereka akan dirahsiakan dan tidak
akan didedahkan secara individu tetapi dibentangkan dalam bentuk laporan.
3.3 Populasi dan Persampelan
Populasi
penyelidikan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Seramai 44 orang pelajar Tingkatan
6 Atas dipilih secara rawak sebagai sampel. Semua soal selidik yang
diedarkan diterima dan dibuat analisis.
3.4 Skop dan had Kajian
Penyelidikan
ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi
tersebut dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan
6. Selain itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para
penyelidik dari segi kos dan logistik. Penyelidikan ini terbatas kepada
aspek yang diselidiki dan berpandukan soal selidik yang disediakan. Ia
juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih sahaja. Namun, para
penyelidik tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan
sampel-sampel dalam member respons kepada pernyataan-pernyataan yang
dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan.
3.5 Instrumen Penyelidikan
Instrumen
yang digunakan untuk penyelidikan ini ialah soal selidik. Instrumen ini
dibina sendiri oleh para penyelidik berdasarkan contoh-contoh soal
selidik yang pernah digunakan untuk mengkaji sikap. Pengubahsuaian
terhadap contoh-contoh soal selidik dibuat agar ianya
menepati
objektif penyelidikan.Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu
(a) Bahagian 1: MaklumatDemografi dan (b) Bahagian 2: Faktor pendorong
kerjaya para pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan STPM. Keseluruhan
Bahagian 2 mengandungi 10 pernyataan yang merangkumi maklum balas
terhadap faktor kerjaya para pelajar tingkatan 6 SMKK iaitu faktor ibu
bapa & keluarga, peribadi pelajar dan minat pelajar. Secara
terperinci, 5 pernyataan dikemukakan bagi faktor ibu bapa &
keluarga, dan 5 pernyataan bagi faktor peribadi pelajar dan minat
pelajar.
3.6 Prosedur Pengumpulan Data
Satu kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk penyelidikan ini iaitu
(a) soal
selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan
data dan seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis.
3.7 Analisis Data
Maklumat-maklumat
mentah yang diperolehi melalui kaedah soal selidik dikumpul, dihitung
dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2003. Maklumat untuk setiap
faktor akan
diperolehi dan seterusnya digunakan bagi menghasilkan graf-graf untuk menentukan tahap
sikap
responden terhadap penyelidikan kerjaya para pelajar Tingkatan 6 SMKK
selepas menamatkan STPM. Maklumat daripada graf melalui data yang
dianalisis adalah seperti berikut yang ditunjukan dalam jadual 3.1.
Jadual 3.1. Maklumat Data Faktor Kerjaya Para Pelajar Tingkatan 6 SMKK
Faktor Ibu Bapa & Keluarga
Soalan 1 : 10 (YA) Dan 34 (TIDAK)
Soalan 2 : 31 (YA) Dan 13 (TIDAK)
Soalan 3 : 36 (YA) Dan 8 (TIDAK)
Soalan 4 : 42 (YA) Dan 2 (TIDAK)
Soalan 5 : 44 (YA) Dan 0 (TIDAK)
Faktor Peribadi Pelajar & Minat Pelajar
Soalan 1 : 37 (YA) Dan 7 (TIDAK)
Soalan 2 : 18 (YA) Dan 26 (TIDAK)
Soalan 3 : 42 (YA) Dan 2 (TIDAK)
Soalan 4 : 40 (YA) Dan 4 (TIDAK)
Soalan 5 : 16 (YA) Dan 28 (TIDAK)
3.8 Rumusan
Bab ini telah menjelaskan tentang keseluruhan kaedah penyelidikan. Tujuh
perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu
reka
bentuk penyelidikan, populasi dan persampelan, lokasi penyelidikan
batasan penyelidikan, instrumen penyelidikan, prosedur pengumpulan data,
dan analisis data. Penganalisaan data yang dibuat dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel 2003 dan dapatannya dibentang dalam
bab 4 berikutnya.
BAB 4
PENGANALISASIAN DATA
&
KEPUTUSAN KAJIAN
BAB -4
|
PENGANALISASIAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan responden terhadap kajian mengenai Kerjaya Para Pelajar Selepas Tamat Pengajian STPM. Maklum
balas responden melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis.Secara
amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu dapatan
mengenai Latar belakang dan faktor terbesar yang menjadi pendorong
kerjaya pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan STPM yang dikaji iaitu
ibu bapa dan keluarga, serta peribadi dan minat.
4.2 Latar Belakang Responden
Responden penyelidikan ini terdiri daripada 44 orang pelajar Tingkatan 6
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Dapatan-dapatan tentang
latar belakang responden menunjukkan 30% responden adalah pelajar lelaki
dan 70% adalah pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada
pelajar aliran kemanusiaan, berbagai bangsa yang sedang menduduki STPM.
KEPUTUSAN KAJIAN
4.3 Analisis Statistik
Analisis
statistik dibuat untuk menentukan tahap faktor. Analisis adalah
berdasarkan respons yang diberi .Mengikut faktor yang telah diberi iaitu
ibu bapa dan keluarga serta peribadi dan minat.Analisis statistik
kajian ditunjukkan dalam jadual dan graf dibawah
DATA KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN A : IBU BAPA DAN KELUARGA
JANTINA
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
YA
|
62
|
101
|
TIDAK
|
18
|
39
|
JUMLAH
|
80
|
140
|
DATA KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
JANTINA
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
YA
|
59
|
94
|
TIDAK
|
21
|
46
|
JUMLAH
|
80
|
140
|
PERBEZAAN DATA MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN A : IBU BAPA DAN KELUARGA
LELAKI
No. soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
5
|
14
|
11
|
16
|
16
|
62
|
TIDAK
|
11
|
2
|
5
|
0
|
0
|
18
|
|
JUMLAH BESAR 80
|
BAHAGIAN A : IBU BAPA DAN KELUARGA
PEREMPUAN
No. soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
5
|
17
|
25
|
26
|
28
|
101
|
TIDAK
|
23
|
11
|
3
|
2
|
0
|
39
|
|
JUMLAH BESAR 140
|
PERBEZAAN DATA MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
LELAKI
No. soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
13
|
8
|
16
|
15
|
7
|
59
|
TIDAK
|
3
|
8
|
0
|
1
|
9
|
21
|
|
JUMLAH BESAR 80
|
BAHAGIAN B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
PEREMPUAN
No. soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
24
|
10
|
26
|
25
|
9
|
94
|
TIDAK
|
4
|
18
|
2
|
3
|
19
|
46
|
|
JUMLAH BESAR 140
|
BAHAGIAN A: PELAJAR LELAKI
BAHAGIAN A: PELAJAR PEREMPUAN
BAHAGIAN B ; PELAJAR LELAKI
BAHAGIAN B: PELAJAR PEREMPUAN
4.4 RUMUSAN
Bab
4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan
dengan responden. Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yang
berkaitan dengan persoalan penyelidikan telah dikemukakan.Seterusnya
rumusan keseluruhan kajian akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5.
PERBINCANGAN
DAN
CADANGAN
|
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan ,merumus keseluruhan data dan juga maklumat
yang telah dianalisis dan dikaji di dalam bab 4 .Beberapa rumusan dan
kesimpulan turut dikemukan .Tambahan lagi dalam kajian ini turut
dibentangkan ialah implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk
meningkatkan mutu penyedilikan pada masa depan .
5.2 PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN
Analisis dapatan penyelidikan bertujuan untuk menentukan sejauhmanakah
kerjaya mengpengaruhi jantina para pelajar SMK Kamunting , terhadap
perlaksanan kerjaya pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan pengajian di
STPM melalui dua faktor iaitu ibu bapa dan peribadi dan minat diri .
Graf telah digunakan sebagai skor untuk menentukan tahap kerjaya pelajar
berdasarkan jumlah keputusan yang telah dibuat .Berdasarkan analisis
yang dibuat ,dapatlah dirumuskan bahawa didapati pelajar perempuan
tingkatan 6 lebih mengpengaruhi aspek ibu bapa dan peribadi & minat
diri dalam menentukan kerjaya mereka selepas menamatkan pelajaran di
peringkat STPM.Ini jelas dibuktikan melalui jumlah pelajar perempuan
dalam kedua -dua aspek yang menunjukkan jumlah yang tinggi berbanding
dengan pelajar lelaki
Berdasarkan rumusan -rumusan tersebut ,secara amnya didapati bahawa
penyelidikan yang dilakukan ini telah berupaya memberi gambaran tentang
kerjaya para pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan pengajiannya di
peringkat STPM .Oleh yang demikian , para penyelidik berpendapat bahawa
penyelidikan ini telah berhasil memenuhi tujuan penyelidikan yang
dijalankan
5.3 IMPLIKASI PENYELIDIKAN
Secara
amnya ,apa yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan
terhadap penyelidikan terhadap kerjaya para pelajar pada masa hadapan
khusus dalam tingkatan 6 selepas menamatkan pengajiannya iaitu STPM.
Jumlah yang tinggi ditunjukkan oleh pelajar perempuan tidak bermakna
tidak wujud halangan terhadap perlaksanaannya dan jumlah yang rendah
tidak bermakna pelajar lelaki tidak mengambil serius mengenai kerjaya
mereka ini tetapi sebaliknya dimana keadaan yang memaksa mereka dalam
pembuatan kerjaya mereka .Oleh itu para pelajar tingkatan 6 haruslah
didorong dan digalakkan untuk menjadikan kerjaya yang ingin dicapai
sebagai matlamat utama .Justeru pendedahan yang lebih luas harus
dilakukan iaitu melalui kursus ,bengkel atau seminar .
5.4 CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
Penyelidikan
ini mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dan batasan yang perlu
dibaiki dan dipertingkatkan lagi .Untuk tujuan tersebut ,beberapa
cadangan telah dikemukan untuk membantu meningkatkan mutu serta
keunggulan penyelidikan yang akan datang .Berikut merupakan
cadangan-cadangan tersebut :
i. Bilangan responden ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan supaya dapatan
penyelidikan mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta signifikannya .
ii
Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke atas para pelajar
tingkatan 6 di sekolah lain yang mempunyai aliran yang berbeza
seperti aliran sains mahupun aliran agama (STAM) agar gambaran yang
lebih menyeluruh dapat diperolehi .
iii
Selain itu juga analisa statistik yang lebih teperinci dengan
menggunakan perisian khusus seperti perisian Statistical Package For The
Science Sosial atau lebih dikenali sebagai SSPS haruslah digunakan agar
kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan lagi.
5.5 RUMUSAN
Kerjaya para pelajar tingkatan 6 selepas tamat pengajian adalah sangat
penting untuk memastikan masa hadapan para pelajar terjamin sekaligus
dapat melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar -pelajar
yang melanjutkan pelajarannya di peringkat antarabangsa . Dalam
perkembangan berkaitan ,para pelajar haruslah menentukan masa hadapan
mereka supaya mereka masa depan mereka terjamin disamping memperolehi
matlamat yang jelas dalam memilih kerjaya yang sepatutunya .Tambahan
lagi sikap pelajar yang positif atau negatif terhadap pelajaran menjadi
penentu keberkesanan dalam memilih kerjaya pelajar tingkatan 6 selepas
menamatkan pengajiannya di peringkat STPM.Walaupun tidak menyeluruh
,hasil daripada penyelidikan ini sekurang -kurangnya dapat memberi
gambaran awal untuk memberi pendedahan awal terhadap kerjaya para
pelajar tingakatan 6 selepas tamat pengajian di sekolah .Hasil analisa
dapatan penyelidikan ini juga boleh digunakan oleh pihak -pihak tertentu
untuk membuat perancangan yang lebih komprehensif agar penyelidikan
dapat dipertingkatkan dengan
jayanya
INSTRUMEN PENYELIDIKAN
SOAL SELIDIK MENGENAI KERJAYA PARA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting,
34600 Kamunting,
Perak Darul Ridzuan.
Saudara/Saudari,
Soal Selidik Mengenai Kerjaya Pelajar Tingkatan 6 Selepas Menamatkan STPM.
Terlebih
dahulu saya ingin merakam kan jutaan terima kasih kepada pihak
saudara/saudari yang sudi meluangkan masa dan menjadi responden dalam
menyiapkan penyelidikan ini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk
mengetahui faktor yang utama dalam mendorong para pelajar tingkatan 6
memilih kerjaya selepas menamatkan STPM.
2)
Kejayaan penyelidikan bergantung kepada ketepatan maklumat yang
diberikan oleh saudara/saudari. Oleh yang demikian kerjasama dari pihak
saudara/saudari untuk memberi respon yang ikhlas dan jujur amat
diharapkan. Semua maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya
digunakan untuk akademik semata mata.
Kerjasama saudara/saudari amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Yang Benar,
MUHAMMAD AZHAM BIN NOOR AZMI (930509-08-5619)
AFY MUHAIMIN BIN ROSELAN (930916-07-5813)
NORSOBAH BINTI SHUIB (930824-08-6478)
NUR FAATIHAH BINTI ABDUL RAHIM (930715-08-6364)
NUR INSYIRAH BINTI JAAFAR (930703-12-6314)
SOAL SELIDIK MENGENAI KERJAYA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS STPM
BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT DEMOGRAFI
Sila respon kepada semua item dengan menanda pada kurungan yang berkaitan.
1) Umur :
2) Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )
3) Bangsa : Melayu ( ) India ( ) Cina ( ) Lain-lain ( )
4) Tempat tinggal : Bandar ( ) Luar bandar ( )
5) Adakah anda sedang menuntut di tingkatan 6?
Ya ( ) Tidak( )
BAHAGIAN 2 : FAKTOR PENDORONG KERJAYA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM.
Soal
selidik ini mengandungi dua bahagian yang mewakili dua factor pendorong
yang berbeza iaitu ibu bapa dan keluarga serta peribadi dan minat.
Selepas membaca semua penyataan, sila tandakan jawapan pada ruangan yang
disediakan.
FAKTOR YANG MENENTUKAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM
IBU BAPA DAN KELUARGA
1) Adakah ibu bapa dan keluarga anda yang menentukan kerjaya anda selepas STPM
YA( ) TIDAK( )
2) Adakah anda memilih kerjaya ini kerana terpikat dengan corak kehidupan ahli keluarga yang berjaya dalam bidang tersebut?
YA( ) TIDAK( )
3) Adakah anda memilih kerjaya anda kerana ingin menambah variasi kerjaya dalam keluarga?
YA( ) TIDAK( )
4) Adakah anda memilih kerjaya kerana kesedaran anda untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan?
YA( ) TIDAK ( )
5) Adakah kerjaya yang anda pilih menjamin masa depan anda dan keluarga?
YA( ) TIDAK( )
PERIBADI DAN MINAT DIRI
1) Adakah kursus yang di tawarkan menepati minat anda dengan kerjaya tersebut?
YA( ) TIDAK( )
2) Adakah
kerjaya yang dipilih kerana kejayaan keluarga dalam bidang sesebuah
kerjaya telah melahirkan minat anda untuk menceburi kerjaya yang sama?
YA( ) TIDAK( )
3) Adakah kerana anda ingin membuktikan bahawa lulusan STPM juga akan mendapat kerjaya yang standing dengan lepasan IPTA dan IPTS?
YA( ) TIDAK( )
4) Adakah kerana minat anda terhadap sesebuah kursus menjadi pendorong utama kearah kerjaya tersebut?
YA( ) TIDAK( )
5) Adakah anda memilih kerjaya anda kerana rasa tanggungjawab anda kepada diri anda sendiri sahaja?
YA( ) TIDAK( )
bIBiLioGrAfI
BIBILIOGRAFI
|
1) Maksud kerjaya
Kamus Dewan Edisi Ketiga - Edisi ketiga Cetakan ke -7 2002
Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kuala Lumpur 2002 (m/s 656)
2) Kerjaya dan Pelajar
Kamus Zaman ( Siti Nordinar Ismail dan Muhd Mansur Abdullah ,Ba Hons )
Cetakan semula 2007 m/s 292
3) Remaja dan kerjaya serta pendidikan
Tony Kryger (1999) yang melakukan kajian di Australia bertajuk “ The Risk of
Unemployment
4) Peratus siswazah -kajian oleh Institue of Employment Research ,University Of Warwick
5) Kerjaya dan pelajar
6) Graduan diminta tingkatkan kemahiran untuk mencapai kejaya yang diingini
(Berita Harian 7 ogos .2002 )
7) Malaysia .1991
Rangka Rancangan Jangka Panjang ke -2(RRJP2) (1991-2000) ,Kuala Lumpur ,Jabatan Pencetakan Negara
8) Malaysia .2001 Rangka Jangka Panjang Ke- 3 (RRJP3) (2001-2010) Kuala Lumpur , Pencetakan Nasional
9) Kadar penganguran di IPTA:
Kajian yang dijalankan oleh Rohani Jani pada tahun 2001 di Universiti Teknologi Mara (UITM).
Kajian yang dijalankan oleh Nor Hslina Hassan , Mohd yahya ,Mardina pada tahun 2005,
10) Mohd Yahya Mohamed Ariffin dan Roseliza murni Abdul Rahman ,2002,
Melangkah ke dunia pekerjaan
Kuala Lumpur ,
Utusan Publications and Distributions
11) 94% Pengangur IPT Melayu - PM-S Mei
Mingguan Malaysia .2002 .
12) Graduan diminta tingkat kemahiran
Berita Harian .7 ogos 2002
13) Kelulusan antara punca sukkar mendapat kerja
Berita Harian 17 September 2004
14) News straits Times .2002-14 julai
Graduates with the edge .
15) Apakah itu Kerjaya
16) Kerjaya dan masa depan