Wednesday 11 April 2012

Demam kepialu


Demam kepialu atau Tifoid yang melanda beberapa buah negeri seperti  Kelantan dan Kedah beberapa tahun lalu adalah contoh penyakit yang serius.Penyakit ini telah mengakibatkan komplikasi yang mengancam nyawa,membawa kematian dan boleh menular dalam komuniti.Pengabaian individu dan masyarakat terutamanya dalam aspek kebersihan telah membawa banyak implikasi yang boleh mengancam tahap kesihatan.

   Punca-punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit demam kepialu ialah makanan yang tercemar.Makanan atau minuman yang tercemar adalah  kerana dihinggapi oleh lalat,lipas ataupun tikus.Makanan-makanan yang tercemar ini mampu menjejaskan tahap kesihatan seseorang itu.Makanan yang disediakan oleh individu yang membawa bakteria S.Typhi(kepialu) akan menyebabkan bakteria ini mudah berjangkit kepada individu yang lain.Bakteria ini mudah berjangkit dan menular dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

   Selain itu,punca yang menyebabkan berlakunya masalah penularan penyakit demam kepialu ialah sisem pembuangan najis yang tidak sistematik.Masalah ini wujud disebabkan oleh sikap segelintir individu yang tidak menggunakan sistem sanitasi yang sempurna dan tabiat suka membuang najis di merata-rata tempat sehingga menyebabkan bakteria mudah merebak.Apabila masyarakat memandang remeh masalah ini tidak mustahil demam kepialu menjadi punca utama kematian di negara kita.
   Langkah yang boleh kita ambil untuk menangani masalah ini ialah menghapuskan tempat pembiakan bakteria S.Typhi iaitu bakteria yang menyebabkan demam kepialu.Vektor atau pembawa penyakit ini mesti dihapuskan dengan segera.Sampah sarap hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul bagi memastikan bakteria ini tidak merebak.Program kitar semula dapat membantu mencapai matlamat yang ingin dicapai ini.

   Langkah yang seterusnya ialah menjaga pemakanan.Masyarakat perlu ada kesedaran dalam menjaga kesihatan dengan cara menjaga pemakanan.Setiap individu digalakkan minum air dan makan makanan yang bersih.Air  perlulah dimasak terlebih dahulu bagi menghapuskan bakteria.Tambahan lagi masyarakat perlu menghindari diri daripada minum  minuman yang berais atau mengelakkan diri daripada makan di kedai yang menjual makanan yang tidak bersih.

  Kesimpulannya,terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya penularan penykit demam kepialu ini.Tahap kesedaran yang tinggi amat penting dalam penjagaan kesihatan bagi menjamin keselesaan hidup sepanjang hayat.Setiap manusia perlu menjaga kesihatan supaya tubuh badan sentiasa kuat dan sihat bagi menangkis serangan penyakit yang mudah berjangkit ini.

1 comment:

  1. Norsobah,assignment yang diberikan,dilaksanakan dengan baik dan memuaskan

    ReplyDelete